IPOH BOOTH CART IPOH

Seusai habis menikmati panorama di Concubine Lane dan Plan B, kami sampai di satu rumah kedai yang terletak di bahagian paling hujung. Pada awalnya kami tak perasan pun kewujudannya, tapi tertarik dengan kehadiran orang ramai di situ. Ipoh Booth Cart ni berada di atas Restoran Sun Yoon Wah. Mula-mula takut jugak nak masuk, tapi beranikan diri main redah ja. Tambah plak kat pintu masuk ada terpapar tulisan masuk adalah percuma. Apa lagi, pecutan kuasa dua la. 


Hihihi. Bagi yang tak pasti, anda boleh rujuk peta kat bawah ni. Teknologi dah moden kan, asal ada data lebih je.




Peta lokasi

lokasi lukisan mural ipoh
Lokasi Restoran Sun Yoon Wah

Masuk percuma gaisss!

Tempat ini dibuka seawal jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang dan ditutup pada hari Isnin. Melangkah masuk ja kat sini, memang meriah dengan orang ramai dan keadaan menjadi agak sesak. Ipoh Booth Cart seakan-akan menjadi kesinambungan kepada Concubine Lane yang menonjolkan pelbagai aspek kebudayaan masyarakat Cina. Apa yang menariknya, terdapat aneka gerai yang menjual cenderahati kepada pengunjung yang datang. Gerai-gerai tersebut dibina dengan ciri gerai-gerai lama yang beratapkan daun dan diperbuat daripada kayu. Suasananya lebih ceria dengan adanya hiasan-hiasan comel seperti tong-tong, botol dan dinding yang dicat watak kartun berwarna-warni.


keadaan ipoh booth cart
Gerai yang menarik untuk kanak-kanak

Deretan gerai-gerai yang ada

Tong Comel!

Colourful!

Botol yang dikitar semula

Lebih mengujakan apabila ada gambar-gambar orang dulu daripada era hitam putih hinggalah tahun 90-an. Kalau ada pengunjung yang hidup pada zaman tu, mesti gambar-gambar ni akan mengimbas kembali nostalgia mereka. Tengok kat bawah ni, ada macam-macam gaya rambut dan fesyen baju ada. Cantik kan! Tengok gambar ni pun boleh teringat zaman P.Ramlee dan Saloma dulu.

Susunan gambar nostalgia lama

Pada satu bahagian lagi, dinding-dinding bangunan dicat sebagaimana di muzium 3D Art. Kita boleh berinteraksi dan menggayakan pelbagai posisi berdasarkan lukisan yang ada. Ada props jugak disediakan. Masa ramai orang, korang kena bertolak ansur sikit tau. Tunggu turn, jangan main redah je. Kesian kat orang yang gambarnya kena photoboom. Hihi.

Kuda dan Si Isteri

Kuda dan si suami

In character sangattt sebab selalu buat kat student camni.Haha

Nak rotan ke tu?

Ni la akibat tak buat keje sekolah. Sob..sob

Teman budak-budak main ting ting

Abam mau ke mana haa..

Dah nak last-last balik, ada uncle Cina ni offer kitaorang untuk tolong ambilkan gambar. Kesian agaknya dia tengok kitaorang duk sorang-sorang amik gambar tak ada orang ambikkan gambar berdua. Cukupla sekeping. Hee.. Majoriti pengunjung boleh dikatakan berbangsa Cina mungkin sebab belum cukup familiar dan terkenal dalam kalangan masyarakat lain. Kitaorang pun nasib je terjumpa tempat ni. Jangan risau, penjual dan yang ada kat situ semua ramah-ramah belaka.

Akhirnya ada gambar berdua. Tenkiu uncle..Jasamu dikenang.

Lukisan ketapi

Ni kat tepi kuda tadi


Akhir sekali Ipoh Cart Booth sangat sesuai dijadikan tempat untuk menghabiskan hujung minggu anda dengan aktiviti berkualiti bersama keluarga. Di sini tempatnya anda boleh bergambar dan membeli pelbagai cenderamata unik dengan harga yang menjimatkan. Sapa yang ada anak-anak yang sel otaknya sedang berhubung dan berkembang tu boleh cuba bawa ke sini. Hee.. Atau ada kawan-kawan yang datang melawat ke Ipoh, boleh cadangkan diaorang masukkan dalam list tempat ni. Sebenarnya kat bahagian tepi luar bangunan ni pun ada buaian cantik untuk bergambar. Tapi, kitaorang tak perasan. Huhu..Siapa sangka dengan rancangan awalnya nak ke Plan B, kami ditakdirkan untuk jumpa dua lagi tempat menarik dalam kawasan yang sama iaitu Concubine Lane dan Ipoh Cart Booth. Jalan kaki ja sebab memang berdekatan. Rugi sapa yang tak datang! Sekiranya dinaiktarafkan dan dibesarkan sikit lagi tempat ni tidak mustahil juga dalam masa akan datang menjadi antara tempat tarikan pelancongan di Ipoh.


Pssttt:
1) Jangan rosakkan props dan lukisan yang ada.
2) Bertolak ansur ketika ramai orang.
3) Jangan buang sampah merata-rata jugak tau.
4) Jaga keselamatan anak anda, takut asyik amik gambar terlepas pandang pulak nanti. Hee

CONCUBINE LANE IPOH

grafiti di ipoh, tempat lepak best ipoh

Namanya juga sudah kedengaran unik dan istimewa. Ayuh! Kita kenali pula salah satu tempat yang menjadi simbolik 24 “Jejak Warisan Ipoh”. Concubine Lane juga dikenali sebagai Yi Lai Hong dalam Bahasa Cina yang bermaksud Lorong Perempuan-perempuan Simpanan atau The Mistress Lane. Haa.. Mesti semua tertanya-tanya kan kenapa nama dia macam tu? Pastinya di sebalik nama tersebut ada rahsianya yang tersendiri dan terpalit sejarah yang akan kita rungkai bersama. Jom!


Lokasinya terletak di Lorong Panglima, Ipoh dan telah berusia lebih dari 125 tahun. Lorong ini wujud sejak tahun 1908 dan dimiliki oleh hartawan yang digelar sebagai tycoon yang menguasai perlombongan bijih timah pada ketika itu. Tempat ini juga dijadikan kawasan simpanan gundik-gundik atau perempuan simpanan bagi golongan kaya berbangsa Cina dan pegawai British di Tanah Melayu. Ini semua untuk mengelakkan kecurangan mereka diketahui oleh isteri masing-masing. Bijak kann? Lorong ini juga menjadi tumpuan untuk aktiviti perjudian, sarang pelacuran dan menghisap candu oleh masyarakat sekitar. Tempat ini jelas menjadi saksi dimensi gelap aktiviti yang tidak bermoral segelintir masyarakat yang terdahulu.


Ada juga sumber yang menyatakan lorong-lorong ini dimiliki oleh jutawan perlombongan bijih timah. Lorong-lorong itu kemudiannya dinamakan mengikut nama-nama isterinya iaitu Err Nai Xiang (Concubine Lane), Da Nai Xiang ( Wife Lane) dan San Nai Xiang (Market Lane). Pernah juga berlaku kebakaran di sini, namun berjaya dipulihkan semula.


Kami bertolak pada hari yang sama setelah puas berada di Gunung Lang. Susah jugak nak berjuang untuk mendapatkan satu petak parking. Haha.. Nasib baik setelah beberapa kali pusingan dan memerah saki-baki keringat akhirnya dapat juga parking dan dekat dengan Concubine Lane ni. Sebenarnya niat mula-mula nak menapak ke Plan B, Ipoh tetapi lorong kawasan ni bersambung sehingga kami menembusi jejak ke Concubine Lane. Setibanya di sana, hari sudah beransur petang dan cuaca sangat cantik. Orang ramai mula memenuhi jalan dan kelihatan juga banyak pelancong asing datang ke sini. 



Di sepanjang laluan, mata kami tertancap pada lukisan mural yang menghiasi dinding-dinding bangunan. Lukisannya berwarna-warni akan mempesonakan mata-mata pengunjung yang datang. Terdapat banyak kedai yang menjual aneka cenderamata, buah-buahan, pokok hiasan, manisan, makanan dan sebagainya. Setiap satunya unik dan menjadi identiti kepada Concubine Lane itu sendiri. Contohnya ais kepal, ais krim, gula-gula kapas dan roti pelangi. Pilih saja mana yang berkenan di hati. Hari tu, kitaorang beli fridge magnet dan poskad sebagai kenang-kenangan. 






Selain itu, terdapat restoran-restoran yang menawarkan pelbagai jenis menu kepada para pengunjung. Layanan penjual sangat tip top dan ramah dengan pengunjung. Tempat ini sesuai untuk dilawati oleh semua peringkat umur daripada generasi X, Y sehinggalah generasi emas.




Secara keseluruhannya, berada di Concubine Lane akan mengingatkan anda kepada suasana sebagaimana di China. Sebahagian besar struktur tinggalan seni bina yang menonjolkan pengaruh dari China masih dikekalkan dan dipelihara dengan baik. Malah, kerajaan Perak telah mampu mengangkatnya sebagai tempat warisan sejarah dan usaha ini patut diberikan pujian. Thumbs up!

P/S: Kat Perak juga ada banyak lagi tempat menarik untuk diterokai, korang boleh singgah kat Tasik Cermin tak pun ke Kellie Castle.


KELLIE CASTLE BATU GAJAH


Jika di India kita ada Taj Mahal, di Malaysia pula kita pastinya ada Istana Kellie. Istana ini menjadi manifestasi cinta agung seorang suami kepada si isteri. Sebagaimana sayangnya Shah Jehan kepada Mumtaz Mahal begitu jugalah sayangnya William Kellie Smith kepada isterinya Agnes. Nak tau apa lagi persamaannya? Meh sambung baca sampai habis.. Haha.. Istana yang berusia lebih seabad ini masih kukuh dan menjadi tarikan pelancongan utama yang manjadi kemestian di Batu Gajah, Perak. 

bangunan lama

Seawal pagi lagi, kitaorang suami isteri dah bersiap-siap nak ke Kellie’s Castle ni. Tempat ni sebenarnya dah lama kitaorang plan nak pegi dan jadi lokasi pertama yang kitaorang terjah masa cuti hari tu. Selama ni asyik dengar dan baca ja pasal Kellie’s Castle ni. Sekarang tibalah masanya kitaorang nak merasai sendiri pengalaman masa kat sana.


Untuk pergi ke sana, korang boleh click maps di bawah.  Sekarang kan dah moden, tak payah guna peribahasa malu bertanya sesat jalan dahh..hee

Masa sampai kaunter pun belum buka lagi tau tapi dari jauh dah ramai abang-abang motor besar ada kat sana. Diaorang tak masuk pun, tapi ramai-ramai ambil gambar dari bahagian depan yang menampakkan istana ni. Serius, walaupun dari jauh istana ini masih menampakkan keunikan dan tersergam cantik. Ada auranya yang tersendiri tau. Parking pun hampir penuh, biasalah masa ni tengah cuti umum.


Seni Bina Inggeris Sebelum Merdeka

Istana Kellie memang besar. Reka bentuknya hampir nak sama dengan elemen yang ada pada bangunan Sultan Abdul Samad. Sambil kitaorang dok jalan-jalan, sambil tu dok bayangkan bagaimanalah agaknya rupa istana ni apabila siap. Mana taknya, tahun 1905 yang belum wujud teknologi canggih untuk pembinaan tetapi disebabkan kreatifnya masyarakat dulu menggunakan bahan semulajadi menjadikan istana ini "masterpiece" yang luar biasa. Jutawan William Smith telah mengupah lebih kurang 70 orang pembina mahir dari Madras. William Smith memang kagum gila dengan seni bina dari India. Jadi, tak hairanlah kalau istana ini ada asimilasi rekaan pengaruh India. Nak tau apa lagi yang menarik? Rupa-rupanya istana tersebut dibina tanpa paku dan besi. Dinding-dinding istana plak terhasil daripada campuran putih telur itik, pasir, kapur, gula merah dan madu. Lebih mengejutkan, istana ini seandainya siap pada tahun tersebut, akan menjadi bangunan pertama di Tanah Melayu yang ada lif. Woww!! Ohsemmm gaiss!

Seni Bina Tradisional
Seni Bina Menarik Abad ke-19
Hasil Seni Bina India dan Inggeris
Seni Bina di Batu Gajah
Batu bata Buatan tangan

Ada maklumat yang menyatakan William telah pulang ke England untuk bawak balik set lif yang ingin dipasangnya di menara istana. Tapi, malangnya semasa di Lisbon,  William meninggal akibat pneumonia. Bila William meninggal, isterinya Agnes meninggalkan Tanah Melayu dan menjual semua harta kekayaan mereka termasuklah Istana Kellie. Sejak dari tu, istana ni jadi terbengkalai dan dibiarkan begitu sajaaa.. Terikat namun tak bertali...(tergantung sepi Akim Rusli)..hee

Istana Lama
Rumah Zaman Inggeris di Perak

Ada lagi tau.. ada satu bahagian di dalam dapur Istana Kellie dikatakan bekas oven yang diperbuat daripada batu-bata.


Banyak jugak hasil bina yang pada pandangan kami mencapai tahap yang mengagumkan. Jelas, istana Kellie dibina dengan penuh ketelitian dan kesungguhan oleh William Smith. Ia bukan sekadar rumah, tetapi bagaikan syurga untuk keluarganya. Di bahagian dalam istana ini terdapat satu ruangan yang memaparkan suasana ruang tamu ala Inggeris. Mungkin juga menggambarkan keadaan ruang tamu istana ini apabila ia siap.

Seni Bina pengaruh India di Malaysia
Seni Bina Kayu
Pengaruh seni bina india dan inggeris
Istana Lama di perak
Sejak terbiar agak lama, mula timbul banyak kisah yang menyeramkan daripada sumber lisan penduduk tempatan. Ada yang terlihat roh William dan ada juga yang terlihat bayangan budak perempuan seakan-akan anak perempuannya. 
Agak lama kami di sini, puas jugak ambil gambar buat kenang-kenangan. Seterusnya kami beransur ke Kampar, menjengah sisi moden sebuah petempatan fantasi Disney. Korang boleh refer Bandar Agacia.

Sedikit perkongsian :
1. Istana Kellie agak tidak sesuai untuk dibawa anak-anak kecil sebab ada unsur mistik yang tersendiri.
2. Di bahagian atas istana ini ada ruangan terbuka tenis yang dibuat oleh William untuk tetamu yang datang ke istana. Bahagian ini juga tergendala pembinaannya dan perlu lebih berhati-hati apabila berada di sana.
3. Jangan conteng dan buang sampah merata-rata supaya lebih terpelihara untuk tatapan generasi akan datang.
4. Datang lebih awal untuk elakkan orag ramai. Nanti gambar korang kena photoboom plak. Hihi

PROJEK POPULAR