Jika di India kita ada Taj Mahal, di Malaysia pula kita pastinya ada Istana Kellie. Istana ini menjadi manifestasi cinta agung seorang suami kepada si isteri. Sebagaimana sayangnya Shah Jehan kepada Mumtaz Mahal begitu jugalah sayangnya William Kellie Smith kepada isterinya Agnes. Nak tau apa lagi persamaannya? Meh sambung baca sampai habis.. Haha.. Istana yang berusia lebih seabad ini masih kukuh dan menjadi tarikan pelancongan utama yang manjadi kemestian di Batu Gajah, Perak.
Seawal pagi lagi, kitaorang suami isteri dah bersiap-siap nak ke Kellie’s Castle ni. Tempat ni sebenarnya dah lama kitaorang plan nak pegi dan jadi lokasi pertama yang kitaorang terjah masa cuti hari tu. Selama ni asyik dengar dan baca ja pasal Kellie’s Castle ni. Sekarang tibalah masanya kitaorang nak merasai sendiri pengalaman masa kat sana.
Untuk pergi ke sana, korang boleh click maps di bawah. Sekarang kan dah moden, tak payah guna peribahasa malu bertanya sesat jalan dahh..hee
Masa sampai kaunter pun belum buka lagi tau tapi dari jauh dah ramai abang-abang motor besar ada kat sana. Diaorang tak masuk pun, tapi ramai-ramai ambil gambar dari bahagian depan yang menampakkan istana ni. Serius, walaupun dari jauh istana ini masih menampakkan keunikan dan tersergam cantik. Ada auranya yang tersendiri tau. Parking pun hampir penuh, biasalah masa ni tengah cuti umum.
Istana Kellie memang besar. Reka bentuknya hampir nak sama dengan elemen yang ada pada bangunan Sultan Abdul Samad. Sambil kitaorang dok jalan-jalan, sambil tu dok bayangkan bagaimanalah agaknya rupa istana ni apabila siap. Mana taknya, tahun 1905 yang belum wujud teknologi canggih untuk pembinaan tetapi disebabkan kreatifnya masyarakat dulu menggunakan bahan semulajadi menjadikan istana ini "masterpiece" yang luar biasa. Jutawan William Smith telah mengupah lebih kurang 70 orang pembina mahir dari Madras. William Smith memang kagum gila dengan seni bina dari India. Jadi, tak hairanlah kalau istana ini ada asimilasi rekaan pengaruh India. Nak tau apa lagi yang menarik? Rupa-rupanya istana tersebut dibina tanpa paku dan besi. Dinding-dinding istana plak terhasil daripada campuran putih telur itik, pasir, kapur, gula merah dan madu. Lebih mengejutkan, istana ini seandainya siap pada tahun tersebut, akan menjadi bangunan pertama di Tanah Melayu yang ada lif. Woww!! Ohsemmm gaiss!
Ada maklumat yang menyatakan William telah pulang ke England untuk bawak balik set lif yang ingin dipasangnya di menara istana. Tapi, malangnya semasa di Lisbon, William meninggal akibat pneumonia. Bila William meninggal, isterinya Agnes meninggalkan Tanah Melayu dan menjual semua harta kekayaan mereka termasuklah Istana Kellie. Sejak dari tu, istana ni jadi terbengkalai dan dibiarkan begitu sajaaa.. Terikat namun tak bertali...(tergantung sepi Akim Rusli)..hee
Ada lagi tau.. ada satu bahagian di dalam dapur Istana Kellie dikatakan bekas oven yang diperbuat daripada batu-bata.
Banyak jugak hasil bina yang pada pandangan kami mencapai tahap yang mengagumkan. Jelas, istana Kellie dibina dengan penuh ketelitian dan kesungguhan oleh William Smith. Ia bukan sekadar rumah, tetapi bagaikan syurga untuk keluarganya. Di bahagian dalam istana ini terdapat satu ruangan yang memaparkan suasana ruang tamu ala Inggeris. Mungkin juga menggambarkan keadaan ruang tamu istana ini apabila ia siap.
Sejak terbiar agak lama, mula timbul banyak kisah yang menyeramkan daripada sumber lisan penduduk tempatan. Ada yang terlihat roh William dan ada juga yang terlihat bayangan budak perempuan seakan-akan anak perempuannya.
Agak lama kami di sini, puas jugak ambil gambar buat kenang-kenangan. Seterusnya kami beransur ke Kampar, menjengah sisi moden sebuah petempatan fantasi Disney. Korang boleh refer Bandar Agacia.
Sedikit perkongsian :
1. Istana Kellie agak tidak sesuai untuk dibawa anak-anak kecil sebab ada unsur mistik yang tersendiri.
2. Di bahagian atas istana ini ada ruangan terbuka tenis yang dibuat oleh William untuk tetamu yang datang ke istana. Bahagian ini juga tergendala pembinaannya dan perlu lebih berhati-hati apabila berada di sana.
3. Jangan conteng dan buang sampah merata-rata supaya lebih terpelihara untuk tatapan generasi akan datang.
4. Datang lebih awal untuk elakkan orag ramai. Nanti gambar korang kena photoboom plak. Hihi
Agak lama kami di sini, puas jugak ambil gambar buat kenang-kenangan. Seterusnya kami beransur ke Kampar, menjengah sisi moden sebuah petempatan fantasi Disney. Korang boleh refer Bandar Agacia.
Sedikit perkongsian :
1. Istana Kellie agak tidak sesuai untuk dibawa anak-anak kecil sebab ada unsur mistik yang tersendiri.
2. Di bahagian atas istana ini ada ruangan terbuka tenis yang dibuat oleh William untuk tetamu yang datang ke istana. Bahagian ini juga tergendala pembinaannya dan perlu lebih berhati-hati apabila berada di sana.
3. Jangan conteng dan buang sampah merata-rata supaya lebih terpelihara untuk tatapan generasi akan datang.
4. Datang lebih awal untuk elakkan orag ramai. Nanti gambar korang kena photoboom plak. Hihi
Dah lama nak pergi, tak terpergi-pergi
ReplyDeleteDatangla Aisyah..confirm tak menyesal, memang berbaloi untuk datang.Hee
Deletesuka pergi kelly castle ni
ReplyDeleteBoleh repeat pegi lagi ni..tempat dia bersih dan cantik :)
Deleteeeee cantiknya istanan tu!! tak penah pegi :( btw gotta say gamba2 yg akak share tu well-taken! serious lawa dabomb.
ReplyDeleteYup..sangat cantik, terpegun jugak la Masa first time datang... tenkiu2 gambor semua suami yg amik..akak model x berbayar je..kiki
Delete