SAUDAGAQ SUP JUNIOR TANJUNG MALIM


Kalau tengah hari kebiasaanya kita akan mencari nasi berlauk untuk dijadikan santapan tengahari, tapi kali ini kami akan bawa anda mencuba makanan sedap di Tanjung Malim. Tanjung Malim atau Muallim menjadi daerah kesebelas di negeri Perak pada tahun 2016. Tanjung Malim memang terkenal samada pengeluaran Proton atau pun Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Untuk artikel berkaitan makanan, kami akan bawa anda ke kawasan pelajar UPSI.

Kenapa bawa ke kawasan pelajar UPSI??? Untuk pengetahuan anda, kebiasaanya di kawasan pelajar harga makanannya lebih murah sedikit berbanding di tempat lain. Secara tidak langsung kos untuk makan dapatlah dikurangkan. Hehehehe. Makanan apa yang murah dan sedap di Tanjung Malim ni? Ok, jom kita mula terjah ke SAUDAGAQ SUP JUNIOR. Menarik ke makanan disini? Sedap ke? Anda yang tentukan sendiri.

Restoran ini menjual pelbagai juadah yang berasaskan sup sesuai dengan nama restorannya. Umum juga sedia maklum yang masakan sup ini begitu sinonim dengan orang utagha. Dengaq nama Saudagaq pun boleh bau orang utagha. Teediaa.. Jangan pulak korang cari masakan Thai ka, masakan Western dan sebagainya memang tak jumpa la ye. 😅

Nak Tahu?
SAUDAGAQ SUP JUNIOR ini dimiliki oleh Encik Razak Husin dan isterinya Puan Kalsom Hashim yang berasal dari Alor Setar, Kedah. Pemiliknya juga mesra dipanggil Pak Long. Pada peringkat awal perniagaannya, Saudagaq Sup Junior ini hanya bertapak di sekitar pasar malam Tanjung Malim. Lama-kelamaan apabila semakin mendapat sambutan dan mempunyai pelanggan tetapnya yang tersendiri, Pak Long mula mengambil langkah dengan membuka restoran. Tidak silap kami, restoran ini mula dibuka bulan November tahun 2013 dan resipinya masih bertahan sejak tahun 1980-an lagi tau. Woww!

Bahagian Hadapan Restoran Saudagaq Sup Junior

Pemilik restoran ini juga sebenarnya bijak memilih kawasan yang sangat strategik untuk target pelanggannya. Tambahan pula, kedudukannya yang menghadap jalan memang senang dilihat oleh pengguna jalan raya sendiri.

Macam mana nak ke SAUDAGAQ SUP JUNIOR ini????
Jom kiteorang tunjukkan cara-cara untuk ke SAUDAGAQ SUP JUNIOR, landmark paling senang adalah anda cari sahaja pintu masuk utama UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS. Restoran SAUDAGAQ SUP JUNIOR ini terletak di deretan kedai depan UPSI sahaja dan turut menyediakan perkhidmatan katering dan tempahan makanan. Bersebelahan dengannya ialah Restoran Loveat.

Lokasi  : No. 21, Jalan U1, Taman Universiti, 35900 Tanjong Malim, Perak 
Waktu operasi : Bermula jam 8.00 pagi hingga 11.00 malam setiap hari.
 
Kalau susah nak cari, korang boleh terus tekan google maps di bawah ini untuk ke Restoran SAUDAGAQ SUP JUNIOR.


Peta Lokasi

Jari dah kejang, perut sudah berbunyi gendang gendut tali kecapi. Jom kita terjah!!!!! Inilah restorannya. Nampak kemas dan banyak tempat parking kereta. Dari jauh nampak dah sekawah sup telah tersedia. Baunya MasyaAllah! meminta betoii. Hee


Sekawah Sup Jadi Tatapan

Servisnya pula sangat pantas, efisien dan bagus untuk impression pertama kali ke sini. Kami baru sampai nak tarik kerusi ja dah ada pelayan yang menanyakan menu untuk kami order. Kami memilih Moi Sup dan Nasi Ayam. Untuk airnya pula ialah Teh O Ais Limau dan Milo Ais.

Ni yang si isteri pilih. Moi Sup Ayam. Disini juga ada Moi Sup Daging. Agak banyak jugalah kuantiti Moi Sup ni, potongan ayam juga besar. Harga hanya RM5.00 untuk semangkuk Moi Sup.

Hidangan Moi Sup

Masa sampai ke meja, nasi nampak begitu menarik dihidangkan bersama sup panas. Aroma daun sup dan kerangupan daun bawang yang ditaburkan di atasnya memang menjamu mata dulu. Untuk moi sup yang menjadi pilihan, rasa supnya sangat la mesra dan serasi dimakan dengan nasi lembut. Serius, nasi dia lembut habis. Terasa betul rempah ratus sup yang digunakan. Sangat asli dan tradisional. Potongan ayamnya pun banyak dimasukkan dan teksturnya lembut. Wallaaa!!  Bila disuap nasi lembut dengan sup perlahan-lahan ke dalam mulut terasa syahdu dan puas hati. Tak perasan, suapan demi suapan sampai habis licin menu tu dimakan. Haha.. Ni close up untuk ayam dan nasi, hehehehe.

Lihatlah Dooniaaa....😍

Moi sup ni juga boleh dimakan dengan dua jenis sambal yang disediakan di setiap meja makan. Satu sosnya berwarna merah dan satu lagi warna hitam gelap. Sos yang berwarna merah dan hitam tu nak dikatakan sos biasa bukan dan rasanya belum pernah kami jumpa lagi di mana-mana tempat sebelum ini. Kedua-dua sos ni mempunyai rasa yang berbeza. Sos ni mungkin dibuat dengan resepi dan ramuan rahsia yang tersendiri. Bila dimakan moi sup dengan sos, kombinasi rasanya lagi bertambah “uummpphh” tau.

Si suami pula memilih Nasi Ayam kat SAUDAGAQ SUP JUNIOR. Pandangan pertama, nampak macam biasa. Wat relaks duluuu.. Bila rasa, Fuhhhh.. Mantop. Sup di sini walaupun kosong untuk nasi ayam ini tapi terasa kenikmatannya. Bukan kosong biasa-biasa. Nasinya pulak berwarna kuning memang menarik selera untuk mencuba.

Hidangan Nasi Ayam


Potongan Ayam yang Disiram Sos Banjir Nasi Ayam


Hai Nasi Kuning!😍

Ayam untuk nasi ayam pula agak lembut dan tak rangup sangat. Kira ok tu. Sosnya pula memang best! dan banjirr. Nyummm nyummm. Nasi ayam ini berharga RM5.00 sahaja dan keseluruhan untuk hidangan kami hari tu ialah RM14.20.

Selain nasi ayam dan moi sup, korang juga boleh cuba menu menu lain. Antaranya bihun sup daging, bihun sup campur, bihun sup ayam, sup daging, sup perut, sup campur, sup ayam, nasi ayam double, nasi ayam special dan nasi kuning. Harganya bermula dari RM4.50 hinggalah RM10.00 dan masih lagi dalam kadar mampu makan. Hee.. Bukan saja nasi, bihunnya jugak berwarna kuning tau. Rasanya tak banyak peniaga yang kami jumpa menggunakan bihun kuning dalam menu diaorang. Kiteorang tak boleh mencuba menu-menu lain untuk ditunjukkan pada anda sebab bajet ciput. Hahaha. Kiranya walaupun menunya sikit, tapi disebabkan oleh rasa ramuan sup utamanya begitu padu terus menjadikan restoran ini sangat istimewa bagi penggemarnya.

Antara Menu yang Disajikan Kepada Pelanggan

Secara keseluruhannya, Restoran Saudagaq Sup Junior ni menyajikan menu yang ringkas tetapi rasanya orang utagha sebut memang perghhh! baq hangg. Hihi.. Kami berdua hadiahkan 8.5/10 bintang untuk restoran ni. Pastinya sesiapa yang datang kali pertama memang akan jatuh cinta akan rasanya. Sepanjang kami berada kat sana juga, orang ramai tidak putus-putus datang untuk menjamu selera, bukan hanya pelajar UPSI tetapi juga masyarakat setempat. Semoga perniagaan ini akan terus maju pada masa hadapan. InsyaAllah! 💪

P/S: kalau sudah ke sini, lajak sedikit ke utara. cuba ke Kellie's Castle atau pun ke Taman Rekreasi gunung lang.




13 Comments

13 comments:

  1. alaaa terliurnya nengok! kalau dekat kan best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shafyqah Azahar..best restoran ni..memang famous Kat tanjung Malim..

      Delete
  2. Replies
    1. Serious besttt!! Boleh cuba tau.. nanti update brapa bintang nak bagi.. 😃

      Delete
  3. Nant gi sana bolehlah jalan2 cari makan kt sini. Macam sedap ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah..kena masuk list jalan2 cari makan yeaslmn. Nanti pegi update ea. Hee

      Delete
  4. Kite study dekat situ, kira saudagaq ni port hari-hari untuk lunch. sedap dan murah. itu yang penting. yes. suggested sangat tempat ni

    ReplyDelete
  5. Mesti singgah ni kalau ke Tanjung Malim

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bella NabilaNovember 13, 2018 at 12:24 PM
      Yup...rugi kalau Tak datang. Tak jumpa Kat tempat lain da Ni.Hee

      Delete
  6. Yup...rugi kalau Tak datang. Tak jumpa Kat tempat lain da Ni.Hee

    ReplyDelete
  7. Setiap kali nak balik kampung mesti lalu kedai saudagaq sup ni. Pernah try sekali sedap. Aritu try nasi ayam dia pergh. Memang nak pergi lagi. Nak repeat. Siapa yang rindu masakan orang utagha boleh lah kot try kat sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup betoi tu, Cuba sekali pasti kembali..chewahh! 😋

      Delete

PROJEK POPULAR