TAMAN REKREASI GUNUNG LANG IPOH


Cuti sekolah dah bermula jadi aku ngan isteri mula mencari tempat tempat menarik dengan bajet yang ciput sekecil siput sedut. Kemana kitaorang pergi kali ini??  Kali ni kitaorang nak memaparkan satu tempat rekreasi di Ipoh iaitu Taman Rekreasi Gunung Lang. Tempat ni tak lah famous macam Lost World of Tambun tapi tempat ini cukup-cukup tenang. Kawasan ini dikelilingi oleh bukit-bukit batu kapur, dan mempunyai tasik. 

Cara untuk ke Taman Rekreasi Gunung Lang, korang hanya perlu ke Jalan Kuala Kangsar, atau lebih senang keluar ke exit IPOH kalau lalu highway. Lagi senang sekarang kalau korang Waze atau google je location nanti ade gadis tunjukkan arah kat korang.
Sebelum terlupa, untuk ke kawasan taman, korang kena naik bot. Bile naik bot, mesti la kena bayaran. Bayaran yang dikenakan untuk menaiki bot di taman rekreasi gunung lang ini ialah bagi kanak-kanak dan warga emas RM1.50/orang, untuk dewasa pula RM3.00/orang.
Kalau korang nak bagi makan ikan, korang boleh beli makanan ikan di kaunter. 

Jika musim cuti persekolahan better korang datang awal  untuk mengelakkan beratur panjang. Masa kitaorang sampai sini nasib baik masih tak ramai pengunjung, kami pengunjung yang ke-3 tapi belakang kami dah mula beratur panjang. Waktu kaunter tiket buka adalah pukul 8.30pagi, jadi boleh la anda rancang perjalanan anda untuk ke sini.

Ok la, aku pun tak suke taip banyak2. Jom lihat apa yang menarik di Taman Rekreasi Gunung Lang.

taman rekreasi gunung lang ipoh
Selain melihat tumbuh tumbuhan, korang juga boleh melihat 2,3 jenis haiwan disini antaranya landak jambul, merak, burung gembala kerbau, burung unta, emu dan lain-lain lagi. Dalam gambar kat atas tu merak putih.

Bukan tumbuhan dan haiwan sahaja yang ada, replika rumah tradisional pun ada dan korang boleh masuk ke dalam rumah. Sila lah buat macam rumah sendiri. hehehe.




menara pemerhati
Kalau korang larat, korang boleh naik ke menara untuk melihat keseluruhan tasik kalau tak silap ada dua buah menara di taman ini.

gunung lang ipoh
Ni pula panorama dari atas menara.. 

Kalau dibandingkan dengan 3 atau 4 tahun lepas Taman Rekreasi Gunung Lang ini telah ada kemajuan dan kebersihannya masih terpelihara. Yang paling bestnya, tandas kat sini cukup bersih dan selesa.

Sedikit peringatan untuk pengunjung: 
  • Di bahagian taman, memang tak ada kedai menjual makanan, better korang bawak air dan makanan awal-awal. So, nanti xda la dahaga. Lagi-lagi yang bawak anak kecik. 
  • Untuk yang couple tu, jangan la jadi kan port maksiat pula.
  • Tangan tu jangan gatal sangat nak menconteng nama korang kat kawasan rekreasi tu. Acah acah sweet letak nama makwe pakwe kat situ. 
  • Jangan buang sampah merata-rata tau.
Ok la, setakat ni saja dulu, kite berjumpa lagi pada entri akan datang (^_^)

P/s: Alang alang korang dah sampai ke sini, korang boleh jugak ke tempat menarik lain di ipoh. korang boleh ke Concubine lane.
2 Comments

2 comments:

PROJEK POPULAR