MENARIK DI GUA TEMPURUNG IPOH

Kat mana menarik di Ipoh???? Sebelum ni kitaorang dah “menjajah” Taman Rekreasi Gunung lang  yang ada tasik. Kali ni kitaorang nak “menjajah” Gua Tempurung pula. Sebelum kiteorang pengalaman kiteorang di gua tempurung, jom baca sikit sejerah Gua Tempurung yang aku pun dapat kat Wikipedia… hehehehe


Gua Tempurung ialah sebuah gua batu kapur yang terletak di Gopeng, Perak, Malaysia. Namanya diambil sempena bentuknya seperti tempurung kelapa. Panjang gua ini mencapai 1.9 km dan dipercayai telah wujud sejak 8000 SM lagi.

Gua Tempurung terdiri daripada lima kubah besar yang silingnya menyerupai tempurung kelapa, dengan setiap kubah mempunyai bentuk stalagmit dan stalaktit yang berbeza. Selain itu, setiap kubah berbeza dari segi suhu, aras air, dan kandungan batu kapur dan marmar.

Gua Tempurung merupakan salah satu gua batu kapur terbesar di Semenanjung Malaysia. Gua Tempurung merupakan sebuah gua yang menjadi tumpuan pelancong yang merentasi satu kilometer dari Sungai Siput sehingga Kuala Dipang, dan terdiri daripada lima siling kubah yang berbentuk tempurung.

Gua Tempurung terletak di Gopeng, sekitar 24 kilometer selatan bandar Ipoh. ia juga hanya 15 minit memandu dari Sungai Kampar yang juga merupakan tumpuan para pelancong untuk aktiviti berkayak atau berakit merentasi jeram.

Dipertengahan gua ini terdapat satu stalagmit yang berbentuk seperti gergasi.

Memandangkan gua ini menjadi tumpuan pelancong, kerajaan negeri Perak telah memelihara dan memulihara kawasan gua ini supaya lebih menarik dan mesra pelancong. Gua gua kini dilengkapi lampu , tangga dan titi serta kemudahan awam lain turut disediakan. Bagi mereka yang suka aktiviti lasak, acara meredah sungai dalam gua turut diadakan.

Selain menyimpan khazanah alam, gua ini turut tertulis dalam sejarah Malaysia. Gua ini menjadi tempat persembunyian komunis pada masa dahulu daripada 1950 hingga 1960. Manakala semenjak daripada tahun 1970, Gua Tempurung telah dijadikan lombong bijih timah.



Ok, cukup kita cerita sejarah Gua Tempururng. Sekarang kiteorang nak story cara nak ke Gua Tempurung.

  1. Kalau korang lalu Lebuhraya Utara Selatan, korang better keluar Tol Gopeng.
  2. Lepas sudah keluar dari Tol Gopeng, korang terus belok kiri dan terus sahaja sampai ke simpang masuk ke kawasan Gua Tempurung.
  3. Lepas Korang jumpa papan tanda ke Gua tempurung, korang masuk je lebih kurang 2Km juga jugak la nak sampai dalam.
waktu operasi gua tempurung
Ni la Papan tanda nak ke Gua Tempurung. Masuk je terus. Banyak tempat parking kereta. Security kat sini bagus juga, dia akan tegur kenderaan yang parking ikut suka hati saja. heee

harga tiket gua tempurung
Kat sini ada pelbagai pakej yang boleh korang join. Ada Pakej Dry dan Pakej Wet. Ada pakej yang memerlukan tempahan awal.


Tunggu beli tiket sekejap. Untuk pemegang MY KAD anda boleh dapat diskaun. so, jangan lupa bawak MY KAD ea.

Pakej apa ea yang kiteorang ambil ea? Pakai dah style pergi gunung, mesti la ambil pakej wet Dry hihihi. Mula mula kiteorang nak ambil pakej No 1, GOLDEN FLOWSTONE yang berharga RM8.00/orang tapi ade pulak Uncle sorang ni hasut kiteorang suruh ambil pakej No2, TOP OF THE WORLD. Ahh sudahye bayar la RM12.00/orang untuk pakej No 2.
Untuk Pakej No 1&2 tak memerlukan Guide. Tapi untuk pakej 3,4,5,6&7 sekali dengan guide. Pakej No 6&7 memerlukan tempahan awal.

Waktu operasi pula adalah pukul 9 pagi manakala waktu terakhir untuk masuk gua adalah Pukul 4.15 petang. Masa kiteorang datang sini, adalah cuti umum. Kiteorang pun main redah je, kalau tutup balik tapi nasib baik bukak… hahahaha

Bila korang dah beli tiket, korang boleh terus masuk untuk pakej DRY. Kalau pakej WET pula, korang kena tunggu guide. Untuk pakej dry ni tak perlu bimbang, ada laluan pejalan kaki yang disediakan dan laluan juga agak cerah sebab ada cahaya lampu.


Bila Nampak laluan di dalam gua, rasa macam PERRGGHHHHH jauhnya nak jalan  turun naik  tangga huhuhuhuhu… tapi bila start jalan kadang kadang tak perasan dah sampai ke
Platform - platform. hehehehe.

Ini Platform pertama. namanya MR BAT. Tinggi jugak checkpoint ni. huhuhu



Ini pula Platform ke dua. ECHO-ECHO. Mungkin sebab bergema, dinamakan ECHO ECHO kot. hehehe.


Lepas Platform ECHO-ECHO, korang kena turun naik tangga pula untuk ke Platform ke3. heeeee

Ini antara benda benda yang korang boleh lihat kat sepanjang perjalanan ke platform 3, ada macam lumut kat batu.


Haaaaa. ini pulak platform 3, GOLDEN FLOWSTONE. Kalau korang ambil pakej 1, korang sampai sini sahaja tau. kalau korang ambil pakej No2,  boleh teruskan perjalanan.

 Ni ada sikit gambar kat kawasan platform 3.


wind tunnel malaysia

haaa. ni pulak platform 4. WIND TUNNEL. kat kawasan sini anda boleh rasa tiupan angin berbanding platform-platform yang lain. So, kiteorang lepak lama sikit kat sini. hehehe. kat sini jugak korang boleh dengar air menitik.
Habis je lepak, kiteorang start gerak ke platform 5. 


keadaan didalam gua tempurung


laluan dalam gua tempurung



Ni ha gambar gambar nak ke platform 5.



top of the world
Ni last platform kitaorang, platform ke5 iaitu TOP OF THE WORLD. kat sini korang dah boleh start dengar air sungai mengalir, tapi kiteorang sampai platform 5 sahaja. hehehe.

Masa kiteorang balik, kiteorang terserempak dengan group pakej WET di platform 2. So kiteorang lepak jap dan dengar guide bagi penerangan berkaitan platform dua. 


peralatan melombong bijih timah

Sebenarnya kiteorang tak perasan ada peralatan melombong biji timah kat kawasan tu, lepas guide cerita baru kiterorang perasan. hihihihi…



Selain itu, guide ada tunjuk macam ada kepala snoopy di dinding gua. korang cari dalam gambar ni. hehehe.

Ok lah, sampai sini sahaja explorasi kiteorang di dalam gua tempurung. Next time mungkin kiteorang boleh cuba untuk pakej WET pula. hehehhehe.
Sedikit peringatan untuk anda:
1.     Tangan jangan gatal gatal nak toreh atau conteng didinding gua.
2.     Datang awal untuk keselesaan anda. hehehe
3.     Jangan lupa bawa KAD PENGENALAN.
4.     Pakai pakaian yang sesuai untuk aktiviti ini.
3 Comments

3 comments:

  1. Akak xjoin ke aktiviti yang explore gua tempurung yang kena lalu air tu? Ke saya yang salah tempat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari tu ada kawan ajak join tapi depa yang wet punya. Tapi sayang xdapat nak join masa tu

      Delete
    2. Betul tu Ada yang lalu air..tapi, akak x join sebab nak try yg ni dlu.. insyaallah Masa dah nak balik tu plan ngan suami nanti nak datang balik try yg wet pulak..haa

      Delete

PROJEK POPULAR