Kat mana menarik di Ipoh???? Sebelum ni
kitaorang dah “menjajah” Taman Rekreasi Gunung lang yang ada tasik. Kali
ni kitaorang nak “menjajah” Gua Tempurung pula. Sebelum kiteorang pengalaman
kiteorang di gua tempurung, jom baca sikit sejerah Gua Tempurung yang aku pun
dapat kat Wikipedia… hehehehe
Gua Tempurung ialah sebuah gua batu kapur yang
terletak di Gopeng, Perak, Malaysia. Namanya diambil sempena bentuknya seperti
tempurung kelapa. Panjang gua ini mencapai 1.9 km dan dipercayai telah wujud
sejak 8000 SM lagi.
Gua Tempurung terdiri daripada lima kubah besar
yang silingnya menyerupai tempurung kelapa, dengan setiap kubah mempunyai
bentuk stalagmit dan stalaktit yang berbeza. Selain itu, setiap kubah berbeza
dari segi suhu, aras air, dan kandungan batu kapur dan marmar.
Gua Tempurung merupakan salah satu gua batu
kapur terbesar di Semenanjung Malaysia. Gua Tempurung merupakan sebuah gua yang
menjadi tumpuan pelancong yang merentasi satu kilometer dari Sungai Siput
sehingga Kuala Dipang, dan terdiri daripada lima siling kubah yang berbentuk
tempurung.
Gua Tempurung terletak di Gopeng, sekitar 24
kilometer selatan bandar Ipoh. ia juga hanya 15 minit memandu dari Sungai
Kampar yang juga merupakan tumpuan para pelancong untuk aktiviti berkayak atau
berakit merentasi jeram.
Dipertengahan gua ini terdapat satu stalagmit
yang berbentuk seperti gergasi.
Memandangkan gua ini menjadi tumpuan pelancong,
kerajaan negeri Perak telah memelihara dan memulihara kawasan gua ini supaya
lebih menarik dan mesra pelancong. Gua gua kini dilengkapi lampu , tangga dan
titi serta kemudahan awam lain turut disediakan. Bagi mereka yang suka aktiviti
lasak, acara meredah sungai dalam gua turut diadakan.
Selain menyimpan khazanah alam, gua ini turut
tertulis dalam sejarah Malaysia. Gua ini menjadi tempat persembunyian komunis
pada masa dahulu daripada 1950 hingga 1960. Manakala semenjak daripada tahun
1970, Gua Tempurung telah dijadikan lombong bijih timah.
Ok, cukup kita cerita sejarah Gua Tempururng.
Sekarang kiteorang nak story cara nak ke Gua Tempurung.
- Kalau korang lalu Lebuhraya Utara Selatan, korang better keluar Tol Gopeng.
- Lepas sudah keluar dari Tol Gopeng, korang terus belok kiri dan terus sahaja sampai ke simpang masuk ke kawasan Gua Tempurung.
- Lepas Korang jumpa papan tanda ke Gua tempurung, korang masuk je lebih kurang 2Km juga jugak la nak sampai dalam.
Ni la Papan tanda nak ke Gua Tempurung. Masuk je
terus. Banyak tempat parking kereta. Security kat sini
bagus juga, dia akan tegur kenderaan yang parking ikut suka hati saja. heee
Kat sini ada pelbagai pakej yang boleh korang
join. Ada Pakej Dry dan Pakej Wet. Ada pakej yang memerlukan tempahan awal.
Tunggu beli tiket sekejap. Untuk pemegang MY KAD
anda boleh dapat diskaun. so, jangan lupa bawak MY KAD ea.
Pakej apa ea yang kiteorang ambil ea? Pakai dah
style pergi gunung, mesti la ambil pakej wet Dry hihihi. Mula mula kiteorang
nak ambil pakej No 1, GOLDEN FLOWSTONE yang berharga RM8.00/orang tapi ade
pulak Uncle sorang ni hasut kiteorang suruh ambil pakej No2, TOP OF THE WORLD.
Ahh sudahye bayar la RM12.00/orang untuk pakej No 2.
Untuk Pakej No 1&2 tak memerlukan Guide.
Tapi untuk pakej 3,4,5,6&7 sekali dengan guide. Pakej No 6&7 memerlukan
tempahan awal.
Waktu operasi pula adalah pukul 9 pagi manakala
waktu terakhir untuk masuk gua adalah Pukul 4.15 petang. Masa kiteorang datang
sini, adalah cuti umum.
Kiteorang pun main redah je, kalau tutup balik tapi nasib baik bukak… hahahaha
Bila korang dah beli tiket, korang boleh terus
masuk untuk pakej DRY. Kalau pakej WET pula, korang kena tunggu guide. Untuk
pakej dry ni tak perlu bimbang, ada laluan pejalan kaki yang disediakan dan
laluan juga agak cerah sebab ada cahaya lampu.
Bila Nampak laluan di dalam gua, rasa macam
PERRGGHHHHH jauhnya nak jalan turun
naik tangga huhuhuhuhu… tapi bila start
jalan kadang kadang tak perasan dah sampai ke
Platform - platform. hehehehe.
Platform - platform. hehehehe.
Ini Platform pertama. namanya MR BAT. Tinggi jugak
checkpoint ni. huhuhu
Ini pula Platform ke dua. ECHO-ECHO. Mungkin sebab bergema,
dinamakan ECHO ECHO kot. hehehe.
Lepas Platform ECHO-ECHO, korang kena turun naik tangga pula
untuk ke Platform ke3. heeeee
Ini antara benda benda yang korang boleh lihat kat sepanjang
perjalanan ke platform 3, ada macam lumut kat batu.
Haaaaa. ini pulak platform 3, GOLDEN FLOWSTONE. Kalau korang ambil pakej 1, korang sampai sini sahaja tau. kalau korang ambil pakej No2, boleh teruskan perjalanan.
Ni ada sikit gambar kat kawasan platform 3.
haaa. ni pulak platform 4. WIND TUNNEL. kat kawasan sini
anda boleh rasa tiupan angin berbanding platform-platform yang lain. So,
kiteorang lepak lama sikit kat sini. hehehe. kat sini jugak korang boleh dengar
air menitik.
Habis je lepak, kiteorang start gerak ke platform 5.
Ni ha
gambar gambar nak ke platform 5.
Ni last platform kitaorang, platform ke5 iaitu TOP OF THE
WORLD. kat sini korang dah boleh start dengar air sungai mengalir, tapi
kiteorang sampai platform 5 sahaja. hehehe.
Masa kiteorang balik, kiteorang terserempak dengan group pakej
WET di platform 2. So kiteorang lepak jap dan dengar guide bagi penerangan
berkaitan platform dua.
Sebenarnya kiteorang tak perasan ada peralatan melombong
biji timah kat kawasan tu, lepas guide cerita baru kiterorang perasan.
hihihihi…
Selain itu, guide ada tunjuk macam ada kepala snoopy di
dinding gua. korang cari dalam gambar ni. hehehe.
Ok lah, sampai sini sahaja explorasi kiteorang di dalam gua
tempurung. Next time mungkin kiteorang boleh cuba untuk pakej WET pula.
hehehhehe.
Sedikit peringatan untuk anda:
1.
Tangan jangan gatal gatal nak toreh
atau conteng didinding gua.
2.
Datang awal untuk keselesaan anda.
hehehe
3.
Jangan lupa bawa KAD PENGENALAN.
4.
Pakai pakaian yang sesuai untuk
aktiviti ini.
Akak xjoin ke aktiviti yang explore gua tempurung yang kena lalu air tu? Ke saya yang salah tempat
ReplyDeleteHari tu ada kawan ajak join tapi depa yang wet punya. Tapi sayang xdapat nak join masa tu
DeleteBetul tu Ada yang lalu air..tapi, akak x join sebab nak try yg ni dlu.. insyaallah Masa dah nak balik tu plan ngan suami nanti nak datang balik try yg wet pulak..haa
Delete