CONCUBINE LANE IPOH

grafiti di ipoh, tempat lepak best ipoh

Namanya juga sudah kedengaran unik dan istimewa. Ayuh! Kita kenali pula salah satu tempat yang menjadi simbolik 24 “Jejak Warisan Ipoh”. Concubine Lane juga dikenali sebagai Yi Lai Hong dalam Bahasa Cina yang bermaksud Lorong Perempuan-perempuan Simpanan atau The Mistress Lane. Haa.. Mesti semua tertanya-tanya kan kenapa nama dia macam tu? Pastinya di sebalik nama tersebut ada rahsianya yang tersendiri dan terpalit sejarah yang akan kita rungkai bersama. Jom!


Lokasinya terletak di Lorong Panglima, Ipoh dan telah berusia lebih dari 125 tahun. Lorong ini wujud sejak tahun 1908 dan dimiliki oleh hartawan yang digelar sebagai tycoon yang menguasai perlombongan bijih timah pada ketika itu. Tempat ini juga dijadikan kawasan simpanan gundik-gundik atau perempuan simpanan bagi golongan kaya berbangsa Cina dan pegawai British di Tanah Melayu. Ini semua untuk mengelakkan kecurangan mereka diketahui oleh isteri masing-masing. Bijak kann? Lorong ini juga menjadi tumpuan untuk aktiviti perjudian, sarang pelacuran dan menghisap candu oleh masyarakat sekitar. Tempat ini jelas menjadi saksi dimensi gelap aktiviti yang tidak bermoral segelintir masyarakat yang terdahulu.


Ada juga sumber yang menyatakan lorong-lorong ini dimiliki oleh jutawan perlombongan bijih timah. Lorong-lorong itu kemudiannya dinamakan mengikut nama-nama isterinya iaitu Err Nai Xiang (Concubine Lane), Da Nai Xiang ( Wife Lane) dan San Nai Xiang (Market Lane). Pernah juga berlaku kebakaran di sini, namun berjaya dipulihkan semula.


Kami bertolak pada hari yang sama setelah puas berada di Gunung Lang. Susah jugak nak berjuang untuk mendapatkan satu petak parking. Haha.. Nasib baik setelah beberapa kali pusingan dan memerah saki-baki keringat akhirnya dapat juga parking dan dekat dengan Concubine Lane ni. Sebenarnya niat mula-mula nak menapak ke Plan B, Ipoh tetapi lorong kawasan ni bersambung sehingga kami menembusi jejak ke Concubine Lane. Setibanya di sana, hari sudah beransur petang dan cuaca sangat cantik. Orang ramai mula memenuhi jalan dan kelihatan juga banyak pelancong asing datang ke sini. 



Di sepanjang laluan, mata kami tertancap pada lukisan mural yang menghiasi dinding-dinding bangunan. Lukisannya berwarna-warni akan mempesonakan mata-mata pengunjung yang datang. Terdapat banyak kedai yang menjual aneka cenderamata, buah-buahan, pokok hiasan, manisan, makanan dan sebagainya. Setiap satunya unik dan menjadi identiti kepada Concubine Lane itu sendiri. Contohnya ais kepal, ais krim, gula-gula kapas dan roti pelangi. Pilih saja mana yang berkenan di hati. Hari tu, kitaorang beli fridge magnet dan poskad sebagai kenang-kenangan. 






Selain itu, terdapat restoran-restoran yang menawarkan pelbagai jenis menu kepada para pengunjung. Layanan penjual sangat tip top dan ramah dengan pengunjung. Tempat ini sesuai untuk dilawati oleh semua peringkat umur daripada generasi X, Y sehinggalah generasi emas.




Secara keseluruhannya, berada di Concubine Lane akan mengingatkan anda kepada suasana sebagaimana di China. Sebahagian besar struktur tinggalan seni bina yang menonjolkan pengaruh dari China masih dikekalkan dan dipelihara dengan baik. Malah, kerajaan Perak telah mampu mengangkatnya sebagai tempat warisan sejarah dan usaha ini patut diberikan pujian. Thumbs up!

P/S: Kat Perak juga ada banyak lagi tempat menarik untuk diterokai, korang boleh singgah kat Tasik Cermin tak pun ke Kellie Castle.


4 Comments

4 comments:

  1. Bestnyaa laki bini suka jalann, Hehehe. Boleh pergi banyak tempat niii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sib baik dapat sekepala..hihi insyaAllah lepas ni banyak lagi tempat nak travel sama. Nantikan..chewahh! 😋

      Delete

PROJEK POPULAR