Kalau ikut hati nak ke Disneyland tapi bila ikut dompet, tak jadi la nak pergi… huhuhu. Kat mana ea dalam Malaysia ni yang ala ala macam taman tema Disney?
Searching punya searching. kiteorang jumpa jugak tempat menarik yang ala ala Disney kat Malaysia ni, tapi kat mana ea? Jom ikut kiteorang “menjajah” kat BANDAR AGACIA di Kampar Perak. Menarik ke tak? jom sambung baca untuk lebih detail kisah “penjajahan” kiteorang.
Kalau korang nak kesini, senang saja, korang boleh waze je Bandar agacia Kampar atau boleh tekan terus Google Maps ni.
Kawasan Bandar Agacia ni tak la besar sangat dan masih banyak kedai belum disewa semasa kiteorang datang, jadi boleh la bergambar tanpa ada orang photo boom sangat. hehehehe. Konsep kedai kedai disini agak menarik sebab semua ala ala Disney.. warna yang digunakan memang menarik la dengan gaya ala ala inggeris gitu.. Tapi tu la masa kiteorang datang sini, cuaca agak panas dan lepas balik dari kellie castle so agak letih sikit la… Walaupun cuaca panas, tapi ada kebaikan jugak sebab kalau korang tangkap gambar Nampak ceria dengan langit membiru.
Jom cuci mata dulu dengan gambar gambar yang sempat kiteorang tangkap.
Sampai sini dulu kisah “penjajahan” kiteorang kat Bandar agacia, bila korang dah sampai sini janganlah buang sampah merata rata. Kalau bergambar tu biarlah berpada pada, jangan nak memanjat sana sini, kalau tangan korang patah xpa, jangan tempat tu rosak.
Sebelum terlupa,, alang alang korang dah sampai ke Kampar better korang ke Gua tempurung. Best jugak kat sana.