RESEPI BEBOLA UBI KENTANG

Perut dah lapar, mood masak tak berapa nak ada. Maka terhasil la resepi bebola kentang yang mudah ini. Macam mana nak buat? jom kita tengok dulu bahan-bahan untuk resepi bebola kentang mudah ini.


  • Beberapa biji ubi kentang (bergantung berapa orang nak maka. kalau sorang sikit sudahlah, kalau satu kampung guna lah 2,3 guni)
  • Serbuk lada hitam (secukup rasa, kalau suka lada hitam letaklah lebih sikit)
  • Serbuk lada putih ( ini kalau tiada pun tak apa)
  • Garam secukup rasa
  • Tepung jagung
  • Serbuk roti ( boleh didapati di kedai berhampiran anda)
  • Serbuk kari

Lepas dah siapkan bahan-bahan untuk membuat bebola ubi kentang, kita terus ke cara untuk membuat bebola ubi kentang pula.

1.       Kupas ubi kentang. Kalau tak nak kupas, pastikan dibasuh betul-betul bersih.
2.       Rebus ubi kentang sehingga empuk. (cucuk ubi kentang dengan garfu untuk memeriksa samada sudah ok atau belum. Jika senang cucuk, oklah tu.)
3.       Selepas ubi kentang sudah masak, tos kan ubi kentang.
4.       Lenyekkan serbuk lada hitam, serbuk lada putih, serbuk kari dan garam bersama-sama ubi kentang tadi. Anda boleh lenyekkan menggunaka garfu sahaja. Kalau anda rasa susah, minta bantuan rakan untuk lenyekkan.
5.       Campur tepung jagung ke dalam adunan. Pastikan adunan tidak terlampau lembut sangat sebab nanti bebola kentang tu akan pecah bila digoreng. Daripada bebola kentang jadi hashbrown pulak.
6.       Jadikan adunan tadi dalam bentuk bebola. Buat kecil-kecil. Jangan besar sangat. Kalau mana-mana girlfriend nak buat bagi pada boyfriend, boleh cuba bentuk love. Tapi kalau bentuk love tu pecah masa goreng jangan emo pula.
7.       Selepas siap jadikan bebola, salutkan dengan serbuk roti. (sila baca label pada bungkusan serbuk roti dahulu sebab lain jenama, lain cara penggunaanya)
8.       Goreng bebola ubi kentang sehingga warna keemasan dan goreng dengan kaedah “deep fry”.

TADAAAAAAAA!!!!!!!! Sudah siap pun. Simple tapi sedap. Sesuai sangatlah kalau makan masa hujan atau petang petang.

resepi mudah


Kepada pembaca, selamat mencuba resepi ini, kalau dah cuba boleh lah bagi feedback kat komen bawah ini. Hehehe

Sambil-sambil anda makan bebola ubi kentang tu, boleh la baca artikel SAUDAGAQ SUP JUNIOR. 
11 Comments

11 comments:

PROJEK POPULAR