- Beberapa biji ubi kentang (bergantung berapa orang nak maka. kalau sorang sikit sudahlah, kalau satu kampung guna lah 2,3 guni)
- Serbuk lada hitam (secukup rasa, kalau suka lada hitam letaklah lebih sikit)
- Serbuk lada putih ( ini kalau tiada pun tak apa)
- Garam secukup rasa
- Tepung jagung
- Serbuk roti ( boleh didapati di kedai berhampiran anda)
- Serbuk kari
Lepas dah
siapkan bahan-bahan untuk membuat bebola ubi kentang, kita terus ke cara untuk
membuat bebola ubi kentang pula.
1.
Kupas
ubi kentang. Kalau tak nak kupas, pastikan dibasuh betul-betul bersih.
2.
Rebus
ubi kentang sehingga empuk. (cucuk ubi kentang dengan garfu untuk memeriksa
samada sudah ok atau belum. Jika senang cucuk, oklah tu.)
3.
Selepas
ubi kentang sudah masak, tos kan ubi kentang.
4.
Lenyekkan
serbuk lada hitam, serbuk lada putih, serbuk kari dan garam bersama-sama ubi
kentang tadi. Anda boleh lenyekkan menggunaka garfu sahaja. Kalau anda rasa
susah, minta bantuan rakan untuk lenyekkan.
5.
Campur
tepung jagung ke dalam adunan. Pastikan adunan tidak terlampau lembut sangat
sebab nanti bebola kentang tu akan pecah bila digoreng. Daripada bebola kentang
jadi hashbrown pulak.
6.
Jadikan
adunan tadi dalam bentuk bebola. Buat kecil-kecil. Jangan besar sangat. Kalau
mana-mana girlfriend nak buat bagi pada boyfriend, boleh cuba
bentuk love. Tapi kalau bentuk love tu pecah masa goreng jangan
emo pula.
7.
Selepas
siap jadikan bebola, salutkan dengan serbuk roti. (sila baca label pada
bungkusan serbuk roti dahulu sebab lain jenama, lain cara penggunaanya)
8.
Goreng
bebola ubi kentang sehingga warna keemasan dan goreng dengan kaedah “deep fry”.
TADAAAAAAAA!!!!!!!!
Sudah siap pun. Simple tapi sedap. Sesuai sangatlah kalau makan masa hujan atau
petang petang.
Kepada
pembaca, selamat mencuba resepi ini, kalau dah cuba boleh lah bagi feedback
kat komen bawah ini. Hehehe
Sambil-sambil
anda makan bebola ubi kentang tu, boleh la baca artikel SAUDAGAQ SUP JUNIOR.